6 Cara Buat Duit Dengan Youtube

6 Cara Buat Duit Dengan Youtube

Siapa di sini yang gemar melawat laman web youtube.com untuk menonton mana-mana kategori video di sana? Saya tidak nafikan bahawa lebih dari 50% pengguna internet di Malaysia gemar untuk menonton video online.
Antara video yang menjadi kegemaran ramai ialah video lawak, video sukan, video isu semasa atau pun video keagamaan. Ada di kalangan individu yang mempunyai channel dan mengupload video ke channel mereka tidak mempunyai apa-apa hasil dari segi kewangan, maksudnya, mereka hanya mengupload video sekadar untuk perkongsian dan suka-suka.
Namun ada juga di kalangan pemilik channel youtube yang menggunakan channel di youtube mereka dengan tujuan untuk buat duit melalui internet. Usah terkejut jika saya katakana ada begitu ramai pemilik channel di youtube sudah mampu  buat duit hingga 4-5 angka hanya menggunakan laman youtube sebagai medium untuk buat duit.
Dalam artikel ini, saya mahu mengajak anda untuk melihat potensi laman web youtube dalam menjana wang melalui internet sepertimana mereka yang sudah berjaya melakukannya sejak bertahun-tahun yang lalu. Apakah caranya untuk buat duit melalui youtube.com? Ayuh sama-sama kita lihat.

Cara 1 : Buat Duit Dengan Google Adsense

Jika anda masih belum tahu, sekarang ini kita bukan sahaja boleh buat duit dengan google adsense melalui blog. Melalui channel di laman web youtube.com juga, anda mampu untuk mendapatkan wang dari adsense. Tahukah anda? Setiap video yang anda upload ke channel youtube anda, anda sebenarnya boleh paparkan iklan sama seperti bagaimana blog anda memaparkan iklan adsense.
Pernahkah bilamana anda mahu menonton mana-mana video di laman youtube.com, ada waktunya satu iklan muncul sebelum video utama di mainkan? Ia adalah satu iklan yang mana anda boleh skip iklan tersebut atau tidak. Itulah dia iklan google adsense.
Selain dari itu, iklan itu juga mungkin muncul ketika video sedang di mainkan.
Ianya agak sedikit rugi jika anda mempunyai banyak video di chanel youtube tetapi, anda tidak pasang satu iklan pun pada video tersebut. Anda akan terlepas peluang untuk kutip wang dari google adsense.
Jadi, bagaimana anda boleh set supaya iklan sebegini juga muncul di video yang anda upload di youtube?
Pertama, anda perlu ada dahulu akaun google adsense. Usah risau jika anda tidak tahu untuk mendapatkannya. Ia bukanlah sesuatu yang susah untuk anda lakukan. Saya pernah menulis panduan bagaimana untuk mendapatkan akaun adsense melalui laman web youtube dalam tempoh 24 jam sahaja.
Klik link berikut untuk membaca artikel tersebut : Bagaimana Mendapatkan Akaun Adsense Dalam Tempoh 24-jam!
Setelah akaun adsense di luluskan oleh pihak Google, anda boleh mula mengupload video anda ke channel baru anda yang khusus untuk buat duit melalui adsense. Pihak youtube membenarkan anda untuk mempunyai banyak bilangan channel dengan hanya menggunakan 1 akaun yang sama. Pergi ke bahagaian view all channel dan pilih pada create new channel.
Adakah anda tidak mempunyai idea untuk memilih topik video untuk channel anda? Anda bolehlah membaca artikel yang telah saya tulis ini yang membincangkan antara topic-topik hot yang boleh anda gunakan untuk chanel youtube anda. Klik link ini untuk membaca artikel tersebut:

5 Topik Hot  Untuk Buat Duit Di Youtube

Amat penting untuk anda lakukan kerja-kerja ini dengan rasa seronok dan enjoy! Video yang berkualiti haruslah di upload secara istiqamah. Anda boleh lakukan banyak promosi untuk dapatkan views bagi semua video anda termasuklah dengan mempromosi melalui facebook, forum, blog anda, twitter, Google Plus Komuniti dan lain-lain. Jika cara berbayar, anda boleh gunakan google adwords for youtube untuk mempromosikan video anda.

Cara 2 : Jual Ruangan Iklan

Jika channel anda sudah mempunyai ramai subscribers, kebanyakan video juga sudah mempunyai banyak views sekitar 50,000 sehingga 100,000, anda boleh membuka ruang iklan untuk orang ramai beriklan di channel anda.
Ini adalah salah satu cara bagaiaman vlogger luar membuat duit melalui channel mereka selain daripada menyiarkan google adsense pada video mereka.
Sebagai contoh, anda boleh membuka ruang untuk mereka yang mahu beriklan di ruang description, ataupun beriklan di ruang video melalui fungsi annotation atau iklan kekal. Iklan kekal bermaksud anda mempunyai iklan pendek yang owner channel akan masukkan iklan itu melalui proses editing.
Untuk beriklan di ruang description pula, anda boleh mengenakan cas mengikut harga-harga tertentu. Kebiasaannya pengiklan boleh meletakkan link website jualan mereka bersama-sama link lain seperti twitter, facebook atau Instagram mereka. Cuba bayangkan jika 1 video anda cas sekitar RM50.00, untuk 10 video anda berpeluang untuk dapat sehingga RM500.00.
Terpulang kepada anda berapa RM yang anda mahu kenakan. Lagi banyak jumlah views yang anda peroleh, lagi tinggi jumlah kadar bayaran yang anda boleh kenakan. Tuliskan di bahagian about di channel anda untuk memaklumkan tentang peluang beriklan ini. InsyaAllah, sepertimana ada yang berminat untuk sewa iklan di blog yang bertrafik tinggi, begitu juga akan ada yang berminat untuk beriklan di channel youtube anda dengan views video yang banyak.

Cara 3 : Review Produk

Ini antara cara yang paling di gemari oleh ramai internet marketer di luar sana. Mereka gemar untuk buat duit dengan mereview produk online seperti produk dari amazon.
Bagaimana untuk anda menggunakan video jenis review untuk buat duit dari youtube sebenarnya? Sebagai contoh, anda pergi ke laman web amazon dan mungkin anda pilih kategori jenis alatan baby atau pun cermin mata RayBan. Anda boleh membuat satu review yang berbentuk rakaman suara dan sertakan paparan video yang mempunyai gambar cermin mata Rayban yang berkaitan.
Upload video tersebut di channel anda. Pada bahagian description letakkan link belian ke laman amazon yang sudah anda pilih sebelum ini.
Amazon memberi komisyen kepada anda jika anda mendafatr sebagai ejen pemasaran mereka. Makin banyak produk dari amazon yang anda review di youtube, makin besar peluang untuk anda mendapat sales dan komisyen. Anda boleh share video anda di forum atau mana-mana group di facebook yang sesuai.
Review jenis kedua pula ialah anda mengambil upah untuk mengreview produk orang lain atau pun website orang lain. Sebagai contoh channel EvanTubeHD bukan sahaja buat duit melalui google adsense, malah channel tersebut juga mengambil upah untuk mereview mana-mana produk mainan dan makanan untuk syarikat yang tertentu.
Jika channel anda banyak mengupload video tentang let`s play game seperti bermain games hunger games, minecraft, dota, atau pun permainan yang lain, anda boleh mengambil upah untuk bermain games bagi mana-mana syarikat games yang baru sahaja mengeluarkan games terbaru.
Biasanya, syarikat ini akan menghubungi anda untuk meminta anda bermain games mereka dan kemudiannya upload video tersebut di channel anda. Sungguh seronokkan dapat buat duit cara ini?

Cara 4 : Buat duit dengan CPA

CPA atau pun sebutan penuhnya cost per action biasanya percuma untuk anda sertai. Sebagai contoh, anda mungkin di bayar bilamana ada orang yang klik link keahlian anda. Program yang di tawarkan mungkin berkaitan dengan pay per view, pay per download dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh buat duit melalui youtube untuk CPA ini? Sebagai contoh, anda boleh cari mana-mana website yang menwarkan program CPA ini di mana-mana laman. Lihat apa yang mereka tawarkan. Ada yang bernilai USD1, ada yang bernilai USD 4 untuk apa-apa jenis action yang di tawarkan.
Jadi ambil peluang ini untuk buat duit dengan CPA menggunakan laman web youtube.com. Sebagai contoh, jika CPA yang anda pilih berkaitan dengan kategori buat duit online, anda mungkin di bayar apabila ada orang yang klik link anda dan memuat turun laporan yang di sediakan. Ini adalah salah satu contoh yang boleh anda lalukan.
Jika CPA tadi berkaitan dengan kategori make money online, maka buat video yang berkaitan dengan topik ini. Jika anda tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, maka anda boleh mengambil service di laman fiverr.com
Ini adalah cara yang dipilih oleh ramai IM di luar sana, terutama IM luar Negara. Anda juga boleh mencubanya.

Cara 5 : Affiliate

Cara ini juga lebih kurang sama dengan cara yang ketiga di atas. Namun cara ini mungkin tidak terlalu sepesifik seperti cara yang nombor 3  tadi. Untuk cara yang ke-3, anda menggunakan video yang spesifik yang sesuai dengan apa yang anda mahu promosi.
Untuk affialiate, kebiasaannya video yang di upload tidak terlalu khusus dengan produk affiliate yang mahu di pasarkan. Sebagai contoh, jika anda pilih untuk mempromosi produk digital dan clickbank, produk digital tersebut mungkin berkaitan dengan pemasaran twitter, anda mungkin boleh upload video yang berkaitan dengan topik twitter, anda juga boleh upload video funny cat dan meletakkan link affiliate anda ke dalam video melalui annotations atau pun meletakkannya ke dalam kotak info.
Ini juga antara cara yang amat di gemari oleh ramai IM kita untuk buat duit. Saya tidak segan silu untuk berkongsi dengan anda IM di Malaysia yang selalu buat duit dengan menggunakan teknik ini. Anda boleh menghubungi saudara Azian Usman yang suka menggabungkan teknik clickbank dan youtube untuk buat duit online.

Cara 6 : Jual tshirt

Jual tshirt juga sudah menjadi trend terkini ramai IM yang berada di US iaitu menjual melalui teespring.
Hari ini teespring bukan sahaja menjadi website kegemaran ramai IM luar Negara, malah IM di Malaysia juga sudah mula mencuba untuk menjual tshirt melalui website ini.
Jika anda mahu tahu, teespring adalah sebuah pengilang tshirt yang terletak di US  yang mana ia membenarkan anda untuk mendesign tshirt anda sendiri. Yang paling best, anda tidak perlukan modal untuk mencetak.
Katakanlah, anda upload video tentang MH17, dalam kotak info atau dalam video tersebut anda menulis, “Pray for MH17,Wear This Shirt for support”.
Letakkan link belian di bawah ayat tersebut. Maksudnya di sini, anda design sendiri tshirt tadi, mungkin dengan memilih perkataan Pray For MH17. Anda boleh lihat tutorial mudah di youtube untuk mendesign menggunakan tespring.
Biasanya, syarikat ini akan mula mencetak tshirt anda apabila ada tempahan minima 5 helai. Anda tidak perlu membayar 1 sen pun untuk memulakan tempahan atau cetakan. Pihak teespring akan menerima bayaran terus dari pembeli, menghantar tshirt tersebut ke alamat mereka dan memberi support kepada pembeli. Jadi, bila anda akan dapat bayaran komisyen dari teespring?
Bila sampai waktu tempoh yang di tetapkan (sila baca FAQ di laman Teespring), anda akan lihat penyata dalam akaun iaitu penyata jualan bulanan anda. Teespring membenarkan anda untuk menuntut income tersebut dan mereka akan terus memproses “gaji” anda dalam tempoh 24-48 jam.

Penutup

Jadi, adakah anda sudah ada idea untuk buat duit melalui youtube. Tidak sangka bukan, sebenarnya laman web youtube ini banyak sumber income yang boleh kita buat.  Semoga anda berjaya membuat duit melalui laman web youtube.com
Selamat berjaya!

0 Komentar untuk "6 Cara Buat Duit Dengan Youtube"

Popular Posts