Ini adalah kelebihan menggunakan Facebook group bagi tujuan bisnes

Image

Ini adalah kelebihan menggunakan Facebook group bagi tujuan bisnes…
  • KOS ZERO – Untuk anda dapatkan potential buyers atau prospek ke Facebook Group, anda tidak perlu lakukan sebarang Facebook ads. Jadi di sini bermakna anda tidak mengeluarkan kos untuk war-warkan tentang kewujudan fb group anda.
  • UNLIMITED MEMBER – Dalam group, tiada had ahli untuk join group tersebut. Ini menjadikan anda boleh mempromosikan kepada seramai mungkin orang yang berminat pada produk tersebut.
  • UPDATE DI EMAIL – Sebagai admin di dalam Facebook group, update anda bukan sahaja kelihatan di wall mereka yang join group facebook anda sahaja. Bahkan mereka juga akan terima notifiksi dari admin (jika anda pemilik group tersebut) terus ke email mereka. Kelebihan ini menjadikan anda bukan sahaj dapat promosi di facebook wall semata-mata tetapi anda juga berpeluang mempromosi terus ke email mereka.
  • STRAIGHT TO THE POINT – Tak perlu pening-pening kepala lagi dah nak study tentang fbads yang melibatkan CPC, CPM, CTR dan macam-macam lagi yang mengelirukan bagi sesetengah orang. Nak promosi, terus buat je dan boleh terus nampak result. Kan senang…
  • CHANNEL PROMOSI BARU – Jika anda dah familiar dengan fbads, jangan abaikan Kuasa FB Group ini kerana ianya merupakan salah satu lagi medium promosi tambahan yang boleh anda gunakan selain dari Fanpage dan FBads.
  • 100% TRUSTED – Melalui Facebook Group, ahli akan nampak update di news feed dan juga dapat notifikasi melalui email. Ini mengukuhkan lagi relationship antara anda dan potential buyers/ client anda nanti. Jika mereka tak mahu dapatkan produk itu sekarang…mereka mungkin akan dapatkannya kemudian hari disebabkan promosi dan followup yang berterusan. Tambahan pula, mereka boleh lihat komen (secara tak langsung) anda menerima testimonial. Ini dapat meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk anda.
0 Komentar untuk "Ini adalah kelebihan menggunakan Facebook group bagi tujuan bisnes"

Popular Posts